Alamak!dah pukul 7.15 pagi.Dah lambat nih.
Aku pantas bangun mencapai tuala lalu bergegas ke bilik air.Setelah bersiap ala kadar aku bergegas ke pejabat.Sewaktu hendak memasuki lif tiba-tiba aku telah terlanggar seseorang.Gedebuk...Habis berterabur fail dia.Aku pantas tunduk mengutip kembali fail-fail yang jatuh. "Maaf ya.Saya tak sengaja."kataku tanpa memandang tuan empunya dirinya.Namun tiada balasan darinya.Alamak!bisu ke dia nih?
Aku memandang dia yang kelihatan merenungku.Aku terpaku.Waduh,handsome bangat deh.Aku pantas menyerahkan fail-failnya. "Maaf ya."aku pantas memasuki lif.Dia kelihatan terkedu.Nasib baik dia tak marah aku.
Sebaik tiba di bilikku,Kak Haryatie setiausaha Tuan Haji Isa.
"Ada apa kak?"soalku.
"Tuan Haji nak jumpa Ira."katanya sambil tersenyum.Kak Haryatie yang aku kenali memang tidak lokek dengan senyuman.Aku mengerutkan dahi.
"Kenapa kak?Ada hal penting ke?"namun begitu pertanyaaku hanya dibalas dengan senyuman.Ish,something wrong somewhere ni.
"Akak keluar dululah ya.Cepat ya pergi jumpa Tuan Haji."pesan Kak Haryatie sebelum beredar.Aku hanya menggangguk.
Setelah menyemak diari tugasan yang memang aku sediakan khas untuk memudahkan kerjaku,aku ke bilik Tuan Haji Isa.
Aku mengetuk biliknya.Setelah mendengar suara dari dalam aku membuka pintu.Tuan Haji tersenyum memandangku.Namun begitu senyumanku hilang sebaik terpandang seorang lelaki yang sedang duduk berhadapan dengannya.
"Duduklah Syazira."arah Tuan Haji.Ketika aku mahu duduk aku memandang lelaki tersebut.Aku terkejut.Aduh,macam mana pula mamat tadi boleh ada kat sini?Lelaki itu tersenyum memandang wajahku yang agak kelat.
"Tahniah Syazira.Laporan yang awak buat mengenai projek itu amat memuaskan.Pihak Hotel Omega telah menerima cadangan itu dan sedia untuk bekerjasama dengan kita."aku menarik nafas lega.Alhamdulillah.Akhirnya cadangan yang ku usulkan di dalam laporan itu diterima.
"OK.Yang keduanya pula.Jawatan awak sekarang akan diganti."aku terkejut mendengar kata-kata Tuan Haji Isa.
"Tapi kenapa pula Tuan Haji?Apa salah saya?Setahu saya selama 4 tahun saya bekerja di sini saya tak pernah melakukan apa-apa kesalahan kecuali datang lambat hari ini."opps...Aku menutup mulutku.Tersasul pula.Tuan haji menjegilkan matanya ke arahku.
"Apa?Awak datang lambat hari ini?Patutlah lambat sangat awak datang jumpa saya."aku menepuk dahiku.Lelaki yang tadinya hanya mendiamkan diri ketawa.Kurang asam betul.Kalau aku tak terlanggar kau mesti aku sampai tepat pada masanya.
"Tapi Tuan Haji,ini baru pertama kali saya melakukan kesalahan.Tak akan Tuan Haji nak pecat saya semata-mata kerana kesalahan yang baru saya lakukan ini?"luahku bersungguh-sungguh.Mukaku kelihatan keruh.Tidak sepatutnya Tuan Haji memecat aku hanya kerana kesalahan yang sekelumit ini.Tiba-tiba kedengaran tawa bergema di dalam bilik itu.Aku terpinga-pinga.Eh,apa pasal pula ni?
"Awak ni Syazira.Belum sempat saya cakap habis lagi awak dah melatah."kata Tuan Haji.
"Saya tak faham maksud Tuan haji."aku mengerutkan dahiku.
"Tempat awak akan digantikan dengan pekerja baru."aku mengeluh.Aku tahu la.Bukankah itu bermaksud yang aku kena berhenti kerja.
"Saya faham maksud Tuan Haji."ujarku dengan nada sedih.Biar Tuan Haji sedih sikit.
"Yang awak sedih ni kenapa?"soal Tuan Haji.Eh,orang tua nih.Dah gaharu cendana pula.Tadinya dia juga yang beria sangat beritahu aku.Nih dia tanya aku pula.
"Yelah,Tuan Haji nak pecat saya.Tak kan saya nak happy pula."ku lihat Tuan Haji hanya tersenyum.
"Awak ni Syazira,cepat sangat awak buat kesimpulan.Saya belum habis cakap lagi.Lagipun tak akan saya nak pecat pekerja yang berkaliber macam awak ni."kembang hatiku mendengar pujian dari Tuan Haji.
"Habis tu kenapa jawatan saya akan diganti dengan orang lain?"soalku.
"Itulah yang saya nak beritahu."ujar Tuan Haji.Aku memandang wajah Tuan Haji dengan penuh tanda tanya.
"Tempat awak akan digantikan dengan pekerja baru.Manakala awak akan dinaikkan pangkat menjadi Pegawai Eksekutif Pemasaran yang baru bagi menggantikan Borhan yang akan dipindahkan ke salah sebuah syarikat kita di utara."Tuan Haji berhenti seketika.Aku terpana mendengar kata-kata Tuan Haji.Aku dinaikkan pangkat?Wah,macam tak percaya.
"Satu lagi.Saya akan bersara tak lama lagi."sekali lagi aku terkejut.Aik,tiba-tiba je.Tak pernah aku dengar yang Tuan Haji Isa mahu bersara.Setahu aku dia seorang yang workaholic.Asyik kerja sahaja.
"Tuan Haji akan bersara?"soalku meminta kepastian.Dia hanya menganggukkan kepala.
"Tempat saya akan diganti oleh anak saya."
"Anak Tuan Haji?Tapi setahu saya bukankah dia masih berada di luar negara?"setahu aku anak Tuan Haji masih belajar di London.
"Kalau anak saya masih di sana siapa yang ada di sebelah awak tu?"kata Tuan Haji dengan nada berjenaka.Aku tergamam.Alamak!Nampaknya aku sudah menunjukkan imej buruk di hadapan bakal bos baru.
"Saya mahu awak tunjukkan serba sedikit tentang syarikat ini kepada dia.Saya mahu dia belajar dari awak tentang selok-belok mengenai syarikat ini.Apa?Aku disuruh untuk mengajar anak bos selok-belok tentang syarikat ini?Waduh,parah ni.Aku pun masih macam budak baru belajar.Sudahlah syarikatnya ini besar.
"Tapi Tuan Haji,saya rasa saya tak layak untuk itu.Maksud saya masih banyak orang lain yang mungkin lebih tahu dan layak untuk memberi tunjuk ajar."aku cuba menolak cadangan Tuan Haji itu.Mana mungkin aku yang kerdil ini mengambil tugas seberat ini.Yang hairannya macam manalah si mamat nih yang lebih jelasnya anak bos ni nak jadi ceo sedangkan dia tidak tahu apa-apa.Pelik tak?
"Saya rasa awak yang paling layak.Lagipun hanya awak yang saya paling percaya dalam syarikat ini."aku terkedu.Terharu mendengar kata-kata Tuan Haji.Aku tidak menyangka yang aku menjadi orang kepercayaannya.
"Baiklah.Kalau dah begitu kata Tuan Haji saya turuti saja."kataku sambil tersenyum.
"Bagus.Saya harap keputusan yang saya buat ini tepat."ujar Tuan Haji.
"Kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu."aku ingin cepat-cepat berlalu dari situ.Aku rimas menjadi perhatian lelaki disebelahku itu.Bukan hendak perasan.Tapi dari ekor mataku dapat melihat yang dia adakalanya merenungku.Ish,seram aku diperhatikan begitu.
"Baiklah.Kamu tolong tunjukkan bilik yang kosong itu kepada Aiman."arah Tuan Haji.Aku hanya menganggukkan kepala.
"Syazira."Tuan Haji memanggil namaku sebelum keluar dari biliknya.
"Ada apa Tuan?"soalku .
"Lain kali jangan masuk office lambat lagi."pesannya sambil tersenyum.Aku mengangguk lagi.Tidak tahu mana mahu ku sorokkan lagi wajahku ini.Macam manalah aku boleh tersasul di depan Tuan Haji Isa tentang kelewatanku itu.Arg,baru sekali.Tapi aku tidak mahu mengambil mudah akan hal ini.Tidak mahu ia berulang kembali kerana ia boleh menjatuhkan prestasiku nanti.
Tanpaku sedari pemuda itu mengekoriku ke bilik.Setelah duduk di kerusiku baru aku menyedari kehadirannya.Aku menepuk dahi sekali lagi.Pelupa sungguh aku kebelakangan ini.
"Maaf...maaf.Saya terlupa pula nak tunjuk bilik awak."ujarku sedikit kekalutan.Aku segera bangun.Entah macam mana aku boleh terlanggar dia yang berada di hadapanku itu.Aduh,sakitnya dahi terkena badannya yang agak tegap itu.
"Sorry."aku hanya mampu mengungkapkan perkataan maaf.Ini kali kedua aku terlanggarnya.
"Tak apa.Sakit ke?"dia dia mengusap dahiku.Aku terpana.Aku cepat-cepat mengelak.
"Tak apa.Sikit je.Jomlah saya tunjukkan bilik awak."aku segera berlalu.Dia hanya mengekoriku.
"Inilah bilik awak.Nanti saya suruh Kak Haryatie hantarkan fail-fail yang berkenaan.Ada apa-apa nanti just ask me or Kak Haryatie ok."aku berpaling untuk keluar.
"Kejap."dia menahanku.
"Kita tak berkenalan lagi."ujarnya sambil tersengih.Lah,itu rupanya.
"Saya Nur Syazira bt Mohd Akmal."aku memperkenalkan diriku.
"Saya Iskandar.Kita ada pernah berjumpa ke?"soalnya.Aku mengamati wajahnya.Rasa aku tak pernah pun melihat wajah ini di mana-mana.Mana mungkin aku pernah berjumpa dengannya sedangkan dia berada di luar negara.
"Saya rasa tidak.Ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu?"soalku.Namun dia hanya menggelengkan kepala.
"Kalau begitu saya keluar dahulu."aku pantas beredar dari situ.Tidak tahan melihat renungannya.Dahlah hendsome.Tergugat iman.Astafirullahazim..Ish,ada-ada ja aku nih.
p/s:jangan lupa ikuti kisah nie part 3 lak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan