LoVe :) part 1

Jam sudah menunjukkan 1 pagi...Aku masih tekun menghadap laptop kesayanganku.Masih terdapat beberapa perkara yang perlu di edit dalam laporan itu sebelum semuanya siap.Sambil-sambil itu aku menghirup air nescafe kegemaranku agar dapat menghilangkan rasa mengantuk.Sejak menuntut di ipt aku lebih suka minum nescafe agar dapat berjaga malam untuk study.Kena la study hard kalau nak score...betul tak.

Apabila jam sudah menunjuk angka 2.30 pagi barulah laporan itu siap sepenuhnya.Aku menyemaknya buat kali terakhir agar tidak ada sebarang kesilapan yang berlaku.Maklumlah ketuaku itu seorang yang amat teliti.Pantang jika ada sedikit kesalahan pasti akan dileterinya.Setelah puas hati aku pun menyimpannya di dalam pendrive yang sedia ada.

Namun begitu mataku masih segar bugar.Terlebih minum nescafe agaknya.Aku pantas membuka laman facebookku.Sudah agak lama aku tidak mengunjungi laman itu.Aku melihat ruang mesej.Terdapat beberapa mesej yang sudah agak lama.Maklumlah tidak sempat untuk log in.Tiba-tiba mataku tertancap pada satu nama.Nama yang sering kali membuatkan hatiku berdebar-debar.Syahir.

Aku pantas membuka mesej yang dihantar olehnya.

21.3.2010
12.30 pagi

Asalamualaikum..oit,lma x dengar cter.Kau hilang ke mana??Rindu la...hahaha.just kiding..


Aku tertawa sendirian.Mamat ni...ada-ada jew.Namun begitu hatiku riang.Walaupun ucapan rindu itu sekadar gurauan namun ia amat bermakna bagiku.

Aku mula menyertai laman fcebook ni selepas habis peperiksaan spm.Maklumlah penganggur sementara la katakan.Apa lagi layan fcebook la.Lagipun time tu sedang hangat dengan fcebook.Aku pun apalagi...daftar jela...Dan apa yang paling tidak disangka mamat bernama Syahir tu boleh add aku.Padahal aku ni memang dah hilang ingatan dah pasal dia.

Kita orang sebenarnya sekolah rendah sama-sama dulu.Tapi rasanya aku dengan dia tak lah serapat mana.Tapi berbanding dengan pelajar lelaki yang lain aku rapat dengan dia la.Tapi kawan cam-cam tu jew..Tak lebih tak kurang.Lagipun aku ni kurang bergaul sikit dengan budak lelaki.Bukan sebab aku tak suka lelaki tapi aku lebih selesa bergaul dengan kaum yang sejantina denganku.Maklumlah akukan seorang yang pemalu.Pemalu???Dengan kaum adam jew...hehehe.Kenapa aku boleh berkawan dengan si Syahir.Hah,sebab dia tu seorang yang lemah.Dalam erti kata yang sebenar lembik.Dia ni memang tak berapa nak ada kawan lelaki.Sebab budak-budak lelakikan nakal.Dia pula jenis yang lembut.Eh,bukan perwatakan dia lembut seperti aw tapi jiwa dia tu.Selepas memasuki sekolah menengah aku dan dia terus lost contact.Nak contact camne.Kecik-kecik mana boleh ada handset.

Hampir 5 tahun la juga kita orang terpisah.Terpisah???Apa-apa jew.Facebooklah yang telah menemukan kami kembali.Aku memang tak sangka la yang si Syahir ni masih ingat dekat aku.Kami pun meneruskan hubungan kami yang putus sekerat jalan tu sampai la aku dapat masuk ke ipt dan kerja.Boleh dikatakan bestfriend dah la kita orang ni.Kalau dia ada masalah akulah tempat dia meluahkan segala masalah dia.Aku???Pendam sendiri jew.

Aku mula-mula memang tak ada perasaan dengan dia.Tapi bila dah lama dok berchat,bermesej dalam facebook ni cam timbul perasan lain pula.Aku macam suka dekat dia.Kenapa ar???Aku rasa dia tu baik,caring dan entah.Aku pun tak tahu.Tapi aku admire dia dalam diam jela.Korang semua percaya tak yang sepanjang 7 tahun aku berhubung dengan dia, kami tak pernah ada berjumpa.Talefon pun tak pernah.Cuma facebook ni la tempat kami berhubung.
Cuma semenjak kebelakangan aku jarang online.Sibuklah katakan.

Aku pantas menekan butang replay.

21.3.2010
3.00 pagi

Wa'alaikumusalam.Aku ada ni..x pergi mna2 pun..Alah kau ni..Apasalahnya rindu dekat aku.Takut makwe marah la tu..=)Aku busy ckit sekarang.X boleh selalu online.Tapi kau jangan x hntr msj dkt aku ye...Senang-senang aku rply la...

Aku kemudian menekan butang sent.Syahir.....Mataku sudah semakin berat.Mungkin kesan nescafe itu sudah berkurangan.Aku lantas menutup laptopku.Aku menanggalkan kaca mataku lalu meletakkannya bersebelahan dengan laptopku.Aku pantas melompat ke atas katil dan memeluk bantal pelukku.Arg,bantal i miss u...




Syahir :Asal kau jarang online sekarang
Syazira:Aku sibuk la.Lagipun company aku baru dapat tender besar punya.
Haji Musa tu dok tekan kita orang.Aku x sempat la.Time sekarang 
jew boleh online.Eh,kau dok buat apa tu???X chat dengan makwe
kau.Nanti marah pula dye.=)
Syahir :helo,makcik aku x ada ya makwe2 ni.Kau lain la mesti keliling 
keliling pinggang.Hehehe..=>
Syazira:Amboi pakcik.Sedap jew mulut kau kata aku ye.Aku ni bukan miang
macam kau.
Syahir :Eh,mana kau tahu aku miang??Pandai2 jew kau ni.
Syazira:Alamak beb.Jangan marah.Gurau je.Kau ni sensitiviti betul la.


Syahir terus mendiamkan dirinya.Alamak,makan hati la pulak mamat ni.

Syazira:Oi,sorry ok.Aku gurau je la.

Dia masih tidak membalas.Aku sudah naik risau.Tidak pernah dia berkelakuan sebegini sensitif.

Syahir : Offline

Dia dah out.Aduh,merajuk pulak mamat ni.Aku hanya mampu mengerutkan dahi.Kenapa ya dengan dia???Sakit agaknya.

Sudah beberapa hari Syahir tidak online.Kenapa agaknya.Tak kan lah sebab aku kata dia miang dia marah sampai macam tu sekali.Pelikkan.Aku mula berasa bersalah.Sudah berpuluh mesej aku hantar padanya.Namun satu pun tidak dibalasnya.Geram ada.Sedih pun ada.Rindu apatah lagi.

Setelah dua minggu akhirnya dia kembali online.

Syazira:Syahir,aku minta maaf pasal hari tu ok.=(
Syahir :Eh,aku x marah kaulah.
Syazira:Habis tu???Kenapa kau x online lama sangat???
Syahir :Lah hari tu laptop aku tiba-tiba je stuck.Habis x boleh online.Aku 
hantar la kedai.Lambat giler orang tu repair.

Aku mengetap bibir.Tak guna.Aku mati-matian ingat dia marah dekat aku.

Syahir : Oi,ni apesal kau hantar bnyk sangat mesej dekat aku??Mesej minta
maaf??Kau takut aku marah dekat kau erk???=)

Ish,dia ni.Kura-kura dalam perahu pulak

Syazira: Dah tahu tanya pula.Aku takut la.Nanti berdosa pula aku kalau kau 
x maaf.Penat taw aku tunggu kau replay mesej aku.Tapi satu pun 
tak da=(
Syahir : Alamak.ni x ikhlas la ni???
Syazira:Kalau x ikhlas aku x la hantar banyak mesej.Dah la.Malas aku nak 
chat dengan kau.
Syahir : Alamak princess.Janganlah marah.Nak buat macam mana.Bukan salah
aku.
Syazira: Dah la.aku nak out.Asalamualaikum


Aku pantas menutup laptopku.Biarkan dia rasa.Mahu main tarik tali ya.Aku pantas memanjat katilku.Syahir.....Hatiku untukmu..ceh,sempat lagi tu...Entah bila masa aku terlena.

Tiada ulasan: