Bermula dari saat keliatan untuk bangun bersahur di pagi hari, mengharungi satu hari melawan godaan nafsu, detik mengecap nikmat berbuka hinggalah saat sujud syukur atas kedatangan ramadhan di tikar terawikh. Sungguh nikmat. Dan alangkah bagusnya bagi diri seorang muslim itu kiranya ibadah itu dilaksanakan setiap hari, bukan hanya awal-awal puasa tetapi hari-hari selepasnya berlalu dengan aktiviti berbuka di luar(yang pasti ibadah terawikh berjemaah sudah ditinggalkan), kalah dengan nafsu membeli belah..sibuk dengan kuih raya, mencuba pakaian raya. Oh, betapa terasa kerdilnya diri yang penuh dosa ini.
Ramadhan..kau tiba lagi. Selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan blog =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan