Menarik kalau bercerita pasal smartphone terbaru Sony Ericsson W8 ni sebab ianya mempunyai pelbagai fungsi dan rekaan yang menarik dan stylo bagi aku. Kini sesiapa saja dapat mengekspresikan diri masing-masing dengan pelbagai cara sekalipun asalkan semuanya mudah dan berbaloi. Sebut pasal Sony Ericsson W8 Walkman Smartphone kini DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) dengan bangganya membawakan sesuatu yang berbaloi dan menarik untuk pelanggan semua.
Bagi aku ini adalah tawaran termurah daripada pihak DiGi untuk rangkaian smartphone Android terbaru Sony Ericsson W8 ni dan ianya didatangkan dengan aplikasi DiGiMusic Play untuk anda. Harga yang ditawarkan DiGi adalah RM799 (RRP) termasuk Sony Ericsson W8 + DiGi® Easy Prepaid + reload percuma RM50 + FREE DiGiMusic™ Play, Memang berbaloikan tawaran ni? selain dari itu ianya juga boleh didapati dalam pakej DG Smart Plan kontrak pembelian smartphone selama 12 bulan iaitu RM399 (Jimat RM400) dan kontrak 24 bulan sebanyak RM99 (Jimat RM700). Satu penjimatan yang sangat berbaloi untuk penggemar setia Sony Ericsson Walkman dan Android.
Bukan itu saja sekiranya anda beli sekarang dari 5 Julai – 5 September 2011, DiGi menawarkan secara ekslusive pelanggannya untuk mendapatkan Sony Ericsson W8 bewarna Metalic Red dan juga didatangkan bersama Unlimited Internet dengan tanpa minimum call usage, percuma 12 bulan langganan DiGiMusic Play, percuma 5 MP3 ringtones, percuma 2 CallerTunes vouchers, percuma wallpaper, percuma metallic red Sony Ericsson portable stereo speakers dan percuma Opera Mini untuk kelajuan melayari internet. Sah untuk DG Smart Plan 68 dan DG Smart Plan 88.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan