CanTik DiHati

Ketahuilah bahawa perhiasanmu bukanlah emas atau perak,
tetapi dua rakaat menjelang subuh,
dahagamu di tengah hari yang panas kerana puasa,
derma yang tersembunyi yang hanya diketahui oleh Allah SWT,
airmata taubat,
sujud panjang di atas hamparan sejadah,
dan malu kepada Allah SWT ketika terdorong bisikan nista dan ajakan syaitan.

Jadikan lah takwa itu bak pakaian anda,
nescaya anda akan menjadi wanita yang tercantik didunia meski pun pakaian mu bertampal.

Jadikan rasa malu sebagai baju kurung anda,
nescaya anda menjadi wanita yang paling anggun di dunia meski pun anda tidak berkasut.

Hindari oleh anda rutin hidup seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita fasiq yang suka memperlihatkan daya tariknya untuk memikat lawan jenis dan menjadikan tubuhnya sebagai komoditi kaum lelaki tanpa mengendahkan norma-norma susila,
kerana sesungguh nya mereka adalah bahan bakar neraka jahanam...

Tiada ulasan: